Mario (francais)
Mario (francais)

Mario (francais)

Mario[lower-alpha 1] adalah sebuah francais media, diterbit dan dihasilkan oleh syarikat permainan video Nintendo, dicipta oleh pereka permainan Shigeru Miyamoto dan menampilkan watak fiksyen Mario. Francais ini terutamanya sebuah francais permainan video, tetapi telah berkembang kepada bentuk media yang lain, termasuk beberapa siri televisyen dan sebuah filem cereka 1993. Ansuran pertama siri ini merupakan permainan 1983, Mario Bros., tetapi Mario membuat penampilan pertamanya dalam permainan 1981, Donkey Kong dan telah ditampilkan dalam pelbagai permainan video siri Donkey Kong dan Game & Watch. Permainan-permainan Mario telah dicipta oleh pelbagai pembangun termasuk Nintendo, Hudson Soft dan AlphaDream. Kebanyakan permainan Mario telah dilancarkan khusus untuk pelbagai konsol dan pemegang permainan video Nintendo, dari generasi ketiga dan seterusnya.Subsiri utama Mario adalah siri permainan video platform Super Mario dimulakan pada tahun 1985 dengan Super Mario Bros., yang kebanyakannya mengikuti pengembaraan Mario di dunia fiksyen Mushroom Kingdom dan biasanya bergantung pada keupayaan melompat Mario untuk membolehkannya maju melalui level. Francais ini telah menghasilkan lebih daripada 200 permainan dari pelbagai genre dan beberapa sub-siri, termasuk Mario Golf, Mario Kart, Mario Party, Mario Tennis, Mario vs. Donkey Kong, dan Paper Mario; beberapa watak yang diperkenalkan dalam francais Mario, seperti Luigi, Wario, dan Yoshi, mencetuskan francais mereka sendiri yang berjaya.Siri Mario adalah salah satu francais permainan yang paling berjaya dan terkenal, dengan kebanyakan permainannya, khususnya dalam subsiri Super Mario, dianggap sebagai permainan video terbaik yang pernah dibuat. Francais ini adalah francais permainan video terlaris sepanjang masa, dengan lebih daripada 653 juta salinan permainan terjual, termasuk 348 juta untuk permainan Super Mario sahaja. Ia juga merupakan francais media ke-9 terlaris sepanjang masa, dengan anggaran pendapatan melebihi AS$36 billion. Pada tahun 2011, permainan video utama Super Mario telah menjana anggaran AS$12 billiondalam jualan.[1]

Rujukan

WikiPedia: Mario (francais) http://www.newswire.ca/en/releases/mmnr/Super_Mari... http://www.nintendo.ca/cgi-bin/usersite/display_in... http://www.popjournalism.ca/pop/news/2006/00266pla... http://www.1up.com/do/feature?pager.offset=5&cId=3... http://www.1up.com/features/mario-maestro http://www.1up.com/news/mario-kart-wii-detailed http://www.americanradiohistory.com/Archive-Cash-B... http://www.businesswire.com/news/home/201105310053... http://www.columbusdispatch.com/live/content/life/... http://www.gamecubicle.com/features-mario-nintendo...